Selasa, 21 Februari 2012

REFLEKSI MINGGU KE-2

REFLEKSI MINGGU KE-2
TARIK TARIKH          : 13-17 FEBRUARI 2012
MODUL                     : BERTEMA
SUBJEK                    : BAHASA MELAYU
TUNJANG                 : TUNJANG BAHASA DAN KOMUNIKASI
           
REFLEKSI GURU PELATIH
               Pada minggu ini saya mengajar kanak-kanak menamakan objek yang ada di persekitaran. Pada permulaanya kesemua kanak-kanak ini sungguh aktif kerana mahu berinteraksi dengan saya. Saya merasakan kanak-kanak ini seronok kerana saya menayakan kepada kanak-kanak mengenai menamakan benda yang ada di dalam sekolah kamu. Sesi pembelajaran ini berjalan dengan lancarnya.
            Setelah itu, saya menyuruh setiap kanak-kanak menamakan objek yang ada di dalam kelas, kanak-kanak ini ada menyatakan di sekolahnya ada meja, kerusi,computer, buku dan sebagainya. Selepas itu, saya menanyakan kepada seorang kanak-kanak apa benda yang ada di dalam sekolah? Selepas itu, jawapan yang saya tidak sangkakan ialah kanak-kanak ini menjawab “ sekolah akhbar ada vitamin”. Selepas saya mendengar kata kanak-kanak ini,, saya terus tergelak besar. Kerana tidak ada kanka-kanak lain yang menyatakan objek seperti kanak-kanak itu. Pemberian vitamin memang saya berikan kepada kanak-kanak untuk tumbesaranya. Pada ketika itu, saya berfikir kanak-kanak ini rajin ke sekolah dengan satu matlamat.

TEKNIK
Teknik yang saya gunakan ialah menyoal dan menamakan. Teknik ini saya gunakan untuk mengalakkan kanak-kanak ini berkomunikasi.
PENAMBAHBAIKKAN
1)    Guru juga boleh memberikan ganjaran berupa barangan kepada kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan