JURNAL MINGGU PERTAMA
Minggu :
pertama
Tarikh :
8/2/2012-100202012
ISU
Isu
yang saya ingin ketengahkan pada minggu ini ialah isu disiplin (pelajar bising
dan tidak memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran) di
kalangan kanak-kanak prasekolah. Kita sering maklum bahahawa kanak-kanak tidak
mengenal erti senyap,beri perhatian, mereka menyangkakan apa yang berlaku di
hadapan mata mereka adalah benda yang menyeronokkan. Mereka belum tahu
membezakan benda yang baik mahupun yang buruk, oleh sebab itu mereka melakukan
apa sahaja yang merasakan mereka betul. Tetapi di dalam proses pembentukan
modal insan yang berguna kelak ibu bapa dan guru haruslah membanting tulang
bagi merealisasikan impian Negara. Kanak-kanak ini sehelai kain putih, maka ibu
bapa dan kanak-kanak yang memainkan peranan di dalam mencorakkan kehidupan
kanak-kanak.
ANALISIS
Kanak-kanak
ini sukar dikawal apabila waktu kemuncak iaitu dimana waktu selepas rehat.
Dimana pada waktu ini kanak-kanak ini sungguh aktif dan tidak boleh mendengar arahan.
Apabila pengajaran dan pembeljaran akan bermula kanak-kanak ini ada sahaja
perbuatan yang akan dilakukan, sebagai contohnya berlari, bermain alat
permainan, baring dan sebagainya. apabila kanak –kanak ini membuat perkara
sebegitu, secara tidak langsung, kanak-kanak lain akan turut serta membuat
perbuatan sebegitu. Apabila saya menegur perbuatannya, hanya sekejap sahaja dia
berkelakuan baik, kemudian dia akan mengulangi perbuatan itu semula.
CADANGAN
Tingkah
laku ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah
menjadi tanggungjawab saya mengenal pasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelas agar strategi
atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar dan
berkesan. Diantara perkara yang boleh saya lakukan ialah member amaran berulang
kali agar murid tidak melakukan perkara yang sama. Selain itu, denda dilakukan
untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata
lain ialah, menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada
dilakukannya lagi.
TEMPOH MASA
Saya
memerlukan tempoh seminggu untuk memastikan murid dapat berubah kepada tingkah
laku positif.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya
perlu menerangkan apa faedah yang mereka perolehi sekiranya murid bertingkah
laku yang positif. Sebagai contohnya, disayangi oleh guru dan rakan-rakan dan
berpotensi menjadi murid contoh,dihargai dan disayangi. Saya juga perlu
memberikan tumpuan yang lebih kepada murid yang bermasalah, berbanding
murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Saya mestilah pandai mencuri
tumpuan murid bermasalah agar mereka dapt mengikuti aktiviti pembelajaran
bersama-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan