PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGU PERTAMA
b) apa yang telah dilalui dan dilaksanakan sepanjang tempoh Praktikum.
Pada minggu pertama praktikum,saya memilih hari Rabu dan hari Jumaat untuk dijadikan proses pembelajaran penuh dan slot. Keadaan berjalan seperti biasa, saya mengajar seperti biasa, Cuma yang berlaku perubahan ialah dimana saya akan di pantau oleh pensyarah bimbingan saya, untuk melihat keberkesanan pengajaran saya.
Saya ada menyatakan kepada anak didik saya bahawa pensyarah saya akan datang menilai saya, saya menyatakan bahawa guru besar akan datang, disini saya melihat banyak respon daripada anak didik saya, iaitu,” cikgu, guru besar tu gemuk ke?”,” cikgu, guru besar tu ada misai tak?”, “ cikgu, guru besar tu garang tak?” . “cikgu,guru besar ada rotan tak?”. Inilah perkara kanak-kanak kecil fikirkan bahawa perkataan “guru besar” sungguh digeruni dan ditakuti.
Pada minggu ini saya mengajar tema, keluarga saya. Disini saya melakukan banyak aktiviti sama ada mewarnakan gambar, membuat seriasi, dan berbual mengenai keluarga. Walaubagaimanapun, ada juga permasalahan yang berlaku dek kerana saya mengajar adalah kanak-kanak yang baru mengenal erti kehidupan.
Antara permasalahan saya yang berlaku ialah saya mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai iaitu seramai 30 orang, namun tidaklah saya mematahkan semangat saya hanya kerana bilangan kanak-kanak yang ramai. Saya jadikan permasalahan saya sebagai satu cabaran seorang guru yang perlu dtempuhi.
Permasalahan yang saya hadapi juga ialah saya menggunakan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam arahan mahupun permulaan mengajar. Di sini saya menghadapi masalah di mana anak didik saya menyatakan “cikgu tak payahlah cakap bahasa inggeris, saya tak faham”. Di sini barulah saya menyedari adakah penggunaan bahasa inggeris saya terlalu tinggi. Adalah segala kemungkinan saya berfikir mungkin dari latar belakangnya. Saya berpendapat anak didik saya ini semuanya dari kanak-kanak ladang yang tinggal di kawasan sini. Jadi pendedahan, penguasaan bahasa Inggeris adalah rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan