JURNAL MINGGU KE-2
TARIKH : 13-17 FEBRUARI 2012
MINGGU : 2
ISU.
Isu yang saya ingin ketengahkan pada minggu
ini ialah dari segi peraturan sekolah. Sekolah dan peraturan sekolah saya,
tajuk dan tema saya mengajar pada minggu ini. Hal ini saya petik dan dibahaskan
kerana banyak faktor ingin saya ingin ketengahkan. Tetapi pada kali ini saya
ingin menyentuh bahagian rambut. Kita semua semua sedia maklum bahawa ketika
sesi persekolahan bermula segala peraturan hendaklah diikuti,rambut hendaklah
berwarna hitam, janganla ada kanak-kanak yang rambutnya merah, kuning dan
sebagainya. tetapi pada minggu ini, saya terkejut kerana ada seorang anak didik
saya pergi ke sekolah dengan rambutnya diwarnakan dengan warna kuning. Rambut
yang diwarnakan hanyalah sebahagian, iaitu bahagian depan.
Saya menanyakan kepadanya,”mengapa
rambut awk berwarna?” dia menjawab “mak kita yang buat”. Pada ketika ini luluh
hati saya kerana seorang ibu sanggup berbuat demikian terhadap seorang anak,
tambahan pula kanak-kanak ini seorang kanak-kanak islam yang belum mengerti hal
kehidupan. Pada permulaanya ibu kanak-kanak ini ada menyatakan bahawa anaknya
berwarna oren, selepas saya menasihati bahawa ada peraturan,beliau hitamkan
semula rambut anaknya. Tetapi setelah sebulan sekolah, saya melihat rambut
anaknya telah diwarnakan kuning pula.
ANALISIS
Saya berpendapat, kanak-kanak ini
tidak bersalah di dalam hal ini. Kerana kanak-kanak ini belum mengetahui
tentang warnakan rambut, dan sebagainya. kanak-kanak ialah seorang kanak-kanak
yang hanya mengetahui dunia bermain, dan berkawan.bagi saya hal sebegini patut dipersalahkan ialah ibu bapanya. Kerana
yang mewarnakan rambut anaknya ialah ibu dan bapanya juga. Saya menganalisis
latar belakang kanak-kanak ini, dapatlah saya simpulkan bahawa kanak-kanak ini
dibesarkan di dalam ladang.. Apa yang
saya dapat katakana disini ialah kehidupan orang ladang adalah satu kelainan,
apa yang saya katakana bahawa di sana perkara kanak-kanak mewarnakan
rambut,merokok adalah perkara biasa. Jadi perngaruh persekitaran mempengaruhi
kehidupan anak dan ibu bapanya.
CADANGAN
Kanak-kanak ini diibarat sebagai
kain putih, maka ibu bapanya mencorak sebagai nasrani,majusi dan sebagainya. kanak-kanak
hanya mengikut peralakuan dan perbuatan yang dilihatnya. Bagi saya, saya akan
terus berkomunikasi secara berkhemah kepada ibu bapanya tentang peraturan
sekolah dan soal pergaulan anaknya.
TEMPOH MASA
Saya memerlukan tempoh sebulan
kerana bukan senang kita hendak berurusan dengan kerenah ibu bapa.
PENILAIAN KEJAYAAN
Dari semasa ke semasa saya
akan bercakap dengan kanak-kanak tentang peraturan kejayaan, dan saya selalu
memberikan nasihat, pujian dan dorongan kepadanya supaya beliau akan menyatakan
hasratnya kepada ibu bapa supaya menghitamkan semula rambutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan