Selasa, 21 Februari 2012

PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGU KE-2


PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGU KE-2
b) apa yang telah dilalui dan dilaksanakan sepanjang minggu praktikum

            Pada minggu ini saya mengajar tema sekolah saya. Pada minggu ini, Saya mengajar seperti biasa,seperti yang dirancang d dalam pengajian harian saya. Saya ada membuat penerokaan terhadap sekolah,mengira nombor 1-10, mengenal abjad,membuat pengukuran menggunakan jengkal dan beberapa aktiviti lagi. Walaubagaimanapun, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar,tidak mustahil ada sesetengah perkara diganggu oleh kanak-kanak kecil, kita pun sudah sedia maklum, kita berhadapan dengan kanak-kanak jadi,tingkah lakunya kadang kala sukar dikawal. Sungguh pun begitu, perkara-perkara sebegini tidaklah saya memandang berat. Sudah termaktub tugas seorang guru perlu membimbing. Bagi saya perjalanan saya masih jauh, ia perlu dijadikan pengalaman,dorongan, kepada saya supaya maju ke hadapan.
             Kanak-kanak mungkin secara semula jadi suka berkawan,suka berbual-bual,suka bekerjasama, suka bersimpati dan sebagainya.kadangkala, mereka mempunyai sifat-sifat bertentangan iaitu,sombong, tidak boleh berkongsi alat mainan, suka bergaduh,tidak mahu berkongsi alat mainan, namun tindakan perihal ini ditempuh pada permulaan awal kehidupan mereka. Pada pandangan saya, ini semua bergantung kepada didikan yang diberikan kepada mereka. Di sekolah, guru harusbersedia dan tidak berkeberatan membantu  untuk proses kematangan social mereka kea rah yang lebih sempurna.
           Berhubung dengan kesediaan belajar, perhatian terhadap tahap perkembangan sosial haruslah diberi keutamaan. Kanak-kanak ini tidak akan bersedia belajar jika kita tidak memaksanya. Tetapi persekitaran juga membantu kesediaan belajar, sebagia contohnya apabila kanak-.kanak melihat rakan rakan-rakannya belajar, secara tidak langsung kanak-kanak ini ingin belajar. Kadang kala kanak-kanak juga tidak boleh di paksa untuk belajar, jika kita memaksanya, kanak-kanak ini tidak dapat pembelajaran yang kita ajari. Apabila kanak-kanak masuk ke sekolah mereka masih lagi belum membiasakan diri mereka,tetapi lama kelamaan, segala perturan akan diikuti.
            Namun, kita tidak menolak wujudnya keadaan yang berbeza-beza di dalam kalangan kanak-kanak. Ini mungkin terjadi apabila status kekeluargaan dan pekerjaan ibu bapa mereka. Memang tidak dinafikan di tempat saya juga memang dikira st ladang,satus, kerana kanak-kanak yang ibu bapanya bekerja ladang akan berkawan dengan kanak-kanak yang ibu bapanya belerja ladang sahaja. Tetapi bagi saya sebagai seorang Guru, guru haruslah seboleh-bolehnya berusaha untuk melazimkan kanak-kanak dengan segla kebiasaan yang positif, disamping memberikan sebaik-baik layanan kepada mereka. Kanak-kanak yang penakut harus digalakan belajar dengan lebih cergas. Kanak-kanak yang garang, perlu pula diajar supaya mahu bertolak ansur dan mengalah.
            Hal ini, bukanlah suatu perkara yang merumitkan. Usaha guru kearah itu, harus bertitik tolak daripada satu tujuan, iaitu menyediakan situasi belajar yang menegaskan perkembangan, pengetahuan, kemahran dan sikap yang asas terhadap penyertaan dalam hidup berkumpulan, harmonis  tersusun dan bersisiematik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan