PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGU PERTAMA
b) apa yang telah dilalui dan
dilaksanakan sepanjang tempoh Praktikum.
Pada
minggu pertama praktikum,saya memilih hari Rabu dan hari Jumaat untuk dijadikan
proses pembelajaran penuh dan slot. Keadaan berjalan seperti biasa, saya
mengajar seperti biasa, Cuma yang berlaku perubahan ialah dimana saya akan di
pantau oleh pensyarah bimbingan saya, untuk melihat keberkesanan pengajaran
saya.
Saya
ada menyatakan kepada anak didik saya bahawa pensyarah saya akan datang menilai
saya, saya menyatakan bahawa guru besar akan datang, disini saya melihat banyak
respon daripada anak didik saya, iaitu,” cikgu, guru besar tu gemuk ke?”,”
cikgu, guru besar tu ada misai tak?”, “ cikgu, guru besar tu garang tak?” .
“cikgu,guru besar ada rotan tak?”. Inilah perkara kanak-kanak kecil fikirkan
bahawa perkataan “guru besar” sungguh digeruni dan ditakuti.
Pada
minggu ini saya mengajar tema, keluarga saya. Disini saya melakukan banyak
aktiviti sama ada mewarnakan gambar, membuat seriasi, dan berbual mengenai keluarga.
Walaubagaimanapun, ada juga permasalahan yang berlaku dek kerana saya mengajar
adalah kanak-kanak yang baru mengenal erti kehidupan.
Antara permasalahan saya yang berlaku ialah
saya mempunyai bilangan kanak-kanak yang
ramai iaitu seramai 30 orang, namun tidaklah saya mematahkan semangat saya
hanya kerana bilangan kanak-kanak yang ramai. Saya jadikan permasalahan saya
sebagai satu cabaran seorang guru yang perlu dtempuhi.
Permasalahan
yang saya hadapi juga ialah saya menggunakan penggunaan Bahasa Inggeris di
dalam arahan mahupun permulaan mengajar. Di sini saya menghadapi masalah di
mana anak didik saya menyatakan “cikgu tak payahlah cakap bahasa inggeris, saya
tak faham”. Di sini barulah saya menyedari adakah penggunaan bahasa inggeris
saya terlalu tinggi. Adalah segala kemungkinan saya berfikir mungkin dari latar
belakangnya. Saya berpendapat anak didik saya ini semuanya dari kanak-kanak
ladang yang tinggal di kawasan sini. Jadi pendedahan, penguasaan bahasa
Inggeris adalah rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan