REFLEKSI MINGGU PERTAMA
TARIKH : 8/2/2012
MODUL : BERTEMA
SUBJEK : SENI
TUNJANG : KREATIVITI DAN ESTETIKA
REFLEKSI GURU PELATIH
Pembelajaran pada hari ini saya mengajar kanak-kanak mengenai mewarnakan gambar. Gambar yang saya berikan ialah gambar keluarga saya, gambar itu terdiri daripada gambar ayah, ibu, kakak, adik, atuk, nenek, dan adik lelaki. Set induksi saya ialah menyanyikan lagu ‘sayang semuanya’. Semasa menyanyikan lagu, saya mendapati kanak-kanak sangat menikmati dan kelihatan sangat gembira. Selepas itu, saya menunjukkan gambar ibu,ayah,kakak,abang,atuk,nenek dan adik perempuan.
Disini saya kanak-kanak ini sungguh ceria kerana lukisan yang saya tunjukkan adalah berwarna-warni, secara tidak langsung ini membuatkan mereka tertarik bagi meneruskan pembelajaran yang ingin saya sampaikan. Semasa saya menunjukkan gambar keluarga , disini saya mendapat pelbagai respon daripada kanak-kanak mengenai ahli keluarga, ada diantaranya mereka bercerita mengenai keluarga mereka dan menanyakan cikgu kenapa datuk ada uban dan sebagainya. Selepas itu, saya memanggil setiap ketua kumpulan untuk hadir ke hadapan bagi mengambil lembaran kerja bagi memberikan kepada rakan lain.
Pada permulaanya kanak-kanak ini begitu teruja kerana gambar yang saya berikan itu bermiripkan keluarga karton yang mereka sering tontoni. Semasa kanak-kanak ini membuat kerjanya saya mendapati pelbagai permasalahan yang berlaku diantaranya ialah sesetengah kanak-kanak mudah bosan apabila membuat kerja secara static,atau membuat kerja secara duduk sahaja. . Saya mendapati kanak-kanak memerlukan kerja yang memerlukan kanak-kanak ini bergerak dan berfikir dengan sendirinya Ada juga saya melihat kanak-kanak ini sungguh seronok mewarna dan melahirkan lukisan yang sungguh cantik. Permasalahan yang timbul juga ialah kanak-kanak tidak dapat mewarnakan gambar itu sehingga habis, kerana berkemugkinan gambar itu terlalu banyak.
TEKNIK
1) Sebelum saya memberikan kanak-kanak tugasan, saya memberikan kanak-kanak penerangan dan penjelasan terlebih dahulu.
2) Mencampurkan penggunaan bahasa inggeris di dalam percakapan, contohnya mother,father,sister.brother,grandfather,grandmother,younger sister and younger brother.
CADANGAN/ PENAMBAHBAIKKAN
1) Guru seharusnya memberikan lembaran kerja tidaklah terlalu besar, kerana kanak-kanak ini mudah bosan apabila mewarna dengan banyak.
2) Guru sepatutnya mengajar teknik mewarna dengan betul supaya kanak-kanak dapat menghasilkan lukisan yang cantik.
3) Perlu menyediakan perlatan mewarna dengan cukup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan